Tuesday 8 May 2012

Khalid rampas tanah Yayasan Selangor untuk Eli Wong....


Laman Malaysia Today yang mirik sering mengkritik kerajaan telah membuat pendedahan terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Exco Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong dan tanah Yayasan Selangor.


Pada Mac 21hb, 2011, Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Eli Wong telah memohon tanah kepunyaan Yayasan Selangor untuk dijadikan projek pelancongan Pusat kebuadayaan Cina di Klang.

Permohonan tanah itu kepada Menteri Besar agak anih kerana yang dipohon bukan tanah kerajaan tetapi tanah kepunyaan Yayasan Selangor dibwah tanggungjawab Khalid sebagai Pengerusi Pemegang Amanah Yayasan.

Tanah itu tidak pula ditawarkan untuk beli atau dimajukan bersama tetapi diminta diserahkan saja dengan percuma tanpa apa-apa tawaran kepada Yayasan.

Bagaikan lelaki yang sudah termakan nasi kangkang, Khalid hanya menurut permintaan Eli Wong.
Sebaik menerima surat itu keesokan hari pada Mac 22hb 2011, Khalid memberitahu Pengurus Besar Ilham Marzuki pada Mac 23hb bahawa perkara ini sudah dibincang dengan Lembaga dan terus diarahnya uruskan penyerahan tanah.

Tidak faham apa dimaksudkan dengan Lembaga, adakah Lembaga Pengarah Anak Syarikat Yayasan Selangor atau Lembaga Pemegang Amanah Yayasna Selangor.
Mungkin dia baru sedar prosedurnya itu salah dan boleh membawa masaalah pada dirinya.

Pada Mac 23hb 2011, Khalid arahkan dalam nota dalam surat Eli Wong supaya dibentangkan kepada Lembaga Pengarah Yayasan Selangor yang mungkin bermaksud Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor.


Lanjutan dari itu, Raja Petra Kamaruddin mendedahkan juga dalam Malaysia Today satu lagi surat bertarikh Julai 12hb 2011 dari Yayasan Selangor kepada Pejabat Tanah Klang yang ditandatangani oleh Pemangku Pengurus Besar, Raja Amir Shah Raja Abdul Aziz

Surat ini menyatakan Yayasan Selangor tidak setuju tanah tersebut diserahkan kembali kepada pihak kerajaan untuk dijadikan Pusat Kebudayaan Cina yang kini telah ditukar nama kononnya demi justifikasi dan mengabur mata orang Melayu dan India menjadi Pusat Kebudayaan Melayu, Cina dan India.

Dengan demikian, jelaskan Khalid Ibrahim berhasrat memaksa Yayasan Selangor menyerahkan balik tanah kepada kerajaan dengan membatalkan hakmilik tanah.

Cadangan Yayasan kepada pihak pejabat tanah adalah supaya diberi tanah ganti yang sama nilai atau diberi pampasan mengikut nilai tanah atau cadangkan usahasama dengan syarikat lain.

Nampaknya cadangan terakhir menunjukkan Pusat Kebudayaan Cina yang dicadangkan kemungkinan mahu dibangunkan secara pengsawstaan atau melibatkan usahasama dengan pihak swasta.

Jika demikian, kenapa pula Eli Wong yang menulis permohonan dan bukan permintaan itu datang dari syarikat swasta yang terlibat?

Adakah ianya satu skim dimana Eli Wong menyumbang kuasa dan pengaruh sebagai ADUN dan Exco berkenaan dan syarikat menyumbang modal? Jika demikian, adakah sumbangan Eli Wong itu untuk kepentingan kerajaan negeri atau pihak lain, termasuk mana tahu, Eli Wong sendiri secara peribadi?

Cara merampas tanah tanpa pampasan atau cara menipu pihak terlibat dengan membuat ‘transfer’ (penukaran) hakmilik balik pada kerajaan tanpa diketahui pihak terlibat merupakan salah satu amalan kerajaan negeri yang baru di kesan.

Petani-petani yang terlibat dalam projek PKPS kini berhadapan dengan tanah yang diharapkan mereka akan kekal berada bawah kerajaan negeri yang sepatutnya membolehkan mereka terus bertani kini dihalau tanpa pampasan.

Banyak lagi dipercayai berlaku dalam melibatkan pemaju perumahan yang membangunkan balik projek perumahan yang terbengkalai.

Aneh sekali, kerajaan negeri mahu lakukan penipuan dan paksaan sedemikian terhadap sebuah yayasan di bawah pentadbirannya sendiri.

Sejak kerajaan Pakatan Rakyat mengambilalih, satu demi satu program dan syairikat serta yayasan yang ditubuhkan untuk membantu kaum Bumiputera dan rakyat termiskin di mansuh dan ingin ditutup.

PKNS yang ditubuhkan untuk salah satu fungsi menyediakan rumah yang mampu dibeli dan diduduki oleh rakyat kurang berada kini bertukar menjadi syarikat hartanah yang hanya mahu membina rumah dan condo berharga dan nilai tinggi.

Mana-mana tanah yang boleh disapu tidak lagi dipeduli peranan sosial dan masyarakat yang dimainkan di tanah tersebut, semua mahu diambilalih untuk jadikan hartanah mewah.

Yayasan Selangor yang kita ketahui adalah ditubuhkan untuk membantu memberi pendidikan dan kemahiran kepada keluarga yang kurang berupaya.

Mereka menyediakan asrama di kota untuk anak-anak desa mendapat pelajaran di sekolah-sekolah yang baik-baik. Kini asrama Dr Latif dan Asrama Toh Puan Norashikin mahu ditutup untuk dibangunkan apartmen dan kondo.

Yayasan juga terlibat membangunkan Institiut kemahiran Yayasan Selangor untuk anak-anak yang kurang berjaya dalam akademik dapat mendapat kemahiran. Kini IKYS ditutup dan pelajar terlibat dihantar ke kolej swasta yang mahal dan program yang tidak sama.

Yayasan juga memberi biasiswa untuk anak-anak yang baik pelajarn untuk menyambung pelajaran mereka di sekolah menengah hingga ke Universiti. Tahun ini tiada lagi biasiswa yang diberi.

Niat murni Yayasan kini terus terhalang oleh ketirisan besar-besaran dan salahurus oleh pihak-pihak tertentu. Penolong Pengurus Besar pernah  dikenakan tindakan disiplin dan disiasat oleh SPRM. Pengurus Besar yang sma tidak cekap hingga menyebabkan kerugian besar masih dikekalkan.

Kini Pengerusi Lembaga Pemegang Amanh itu sendiri, iaitu Menteri Besar Selangor Tan sri Khalid Ibrahim sendiri pula terlibat untuk merampas hartanah kepunyaan Yayasan dibawah tanggungjawabnya sendiri untuk diberikan kepada satu projek melibatkan pihak swasta.

Kenapa dia sedia lakukan perkara sedemikian?

Adakah ianya begitu perlu melebihi peranan sebuah Yayasan yang menjalankan kerja kebajikan untuk rakyat?
Hanya sesuatu melibatkan pecah amanah atau pengumpulan dana pilihanraya yang boleh jadi sebab Menteri Besar boleh hilang arah dan etika. Bukankah ini dikira perbuatan pecah amanah dan ia sepatutnya dilaporkan ke SPRM?

Wednesday 2 May 2012

Nik Aziz Nyayuk, Atau Dengar Bisikan Iblis?


Menteri Besar Kelantan paling lama dalam sejarah negeri tersebut, Datuk Nik Aziz Nik Mat sekali lagi menjemput kontroversi apabila secara terbuka mewajibkan ahli dan penyokong PAS menyertai perhimpunan Bersih 3.0 sekalipun diketahui umum demonstrasi tersebut turut membabitkan NGO pro LGBT & penyokong murtad.
Satu pendirian yang tampak jelas Nik Aziz lebih mengutamakan kepentingan politik kepartian berbanding soal akidah ummah bilamana kita bandingkan dengan pendirian PAS sebelum ini yang tidak mesra dengan gerakan anti murtad.
Akhir tahun lepas PAS pernah secara terbuka menolak misi menyelamatkan akidah ummah apabila tidak berani menyatakan pendirian terbuka menyokong NGO HIMPUN (gerakan anti murtad), sedangkan isu tersebut yang menjadi asas kewujudan HIMPUN berkaitrapat dengan persoalan akidah dan denyut nadi umat.
Memburukkan lagi keadaan, pemecatan pemimpin PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali juga berkisar pada perasaan tidak senang pemimpin PAS yang melihat kesungguhan Hasan Ali menyokong HIMPUN sebagai ancaman terhadap kesepakatan PAS dengan pakatan pembangkang seperti DAP dan PKR.
Dalam mana-mana sejarah parti politik di Malaysia, hanya PAS dan PKR sahaja yang tergamak memecat pemimpin dan ahli sendiri disebabkan kesungguhan pemimpin tersebut memperjuangkan akidah umat & kesucian agama Islam.
Hasan Ali dipecat kerana begitu bersungguh memperjuangkan akidah umat daripada ancaman kemurtadan & kristianiti , manakala Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kulim dari PKR pula dipecat disebabkan pendiriannya yang utuh mempertahankan kesucian kalimah Allah s.w.t.
Bila sahaja datang perhimpunan demonstrasi bermotifkan politik pembangkang, BERSIH 3.0, tanpa fikir panjang tanpa ragu terus sahaja Nik Aziz mengeluarkan fatwa wajib menyertai perhimpunan tersebut. 
Unik dan pelik. Tidak begitu?
Hakikatnya sejak sekian lama gelaran 'Tok Guru' dan pendewaan dirinya sebagai ulamak Islam yang sering diagungkan oleh penyokong PAS sebenarnya hanyalah satu propaganda politik semata-mata demi untuk memancing undi. 
Sedangkan tingkah laku dan perwatakannya jauh dari menepati sikap seorang ulamak sejati sebagai pewaris nabi.
Rasulullah s.a.w sendiripun amat menekankan kepentingan supaya umatnya berhati-hati dengan kewujudan golongan yang mempergunakan agama untuk kepentingan puak dan diri sendiri malah istilah ulamak su' juga turut perkatakan dalam Hadith yang menandakan pentingnya dibezakan dengan ulamak yang benar.
Sabda Rasulullah SAW, maksudnya;
"Akan muncul di akhir zaman orang-orang yang mencari dunia dengan agama. Di hadapan manusia mereka memakai baju dari bulu domba untuk memberi kesan kerendahan hati mereka, lisan mereka lebih manis dari gula namun hati mereka adalah hati serigala (sangat menyukai harta dan kedudukan). 
Allah SWT berfirman : 'Apakah dengan-Ku (kasih dan kesempatan yang kuberikan) kalian tertipu ataukah kalian berani kepada-Ku. Demi diriku, Aku bersumpah, Aku akan mengirim bencana dari antara mereka sendiri yang menjadikan orang-orang santun menjadi kebingungan (apalagi selain mereka) sehingga mereka tidak mampu melepaskan diri darinya." (Hadith Riwayat Tirmidzi).
Justeru itu, melihat kepada kecelaruan pendirian Nik Aziz yang gagal melihat keutamaan akidah umat dan kesucian Islam jauh lebih penting berbanding kepentingan politik PAS yang didukungnya itu, layaklah beliau dipanggil ulamak politik dan bukannya ulamak yang sebenar-benarnya ulamak.
 
sumber: gerakantimur

GEMPAR!... Pemantau Bersih 3.0 Yang Anti Islam


HUBUNG kait Anwar dengan organisasi yang jelas ada kaitan dengan yahudi (anti Islam), memang sudah diketahui ramai.. Menjadi persoalan yang besar di kalangan kita, kenapa Anwar gemar berhubung secara langsung dengan puak-puak yang anti Islam dalam menonjolkan dirinya di peringkat antarabangsa.

Tidak terkecuali ialah perhimpunan Bersih 3.0 yang lepas. Disitu pun Anwar meletakkan seorang ahli Parlimen Bebas Australia yang diketahui mempunyai hubungan rapat denganntya sebagai salah seorang pemerhati antarabangsa perhimpunan haram tersebut.

Yang penulis maksudkan ialah Senator Nicholas Xenophon dari Australia.

Kebencian Xenophon kepada Islam bukanlah perkara baru. Dalam satu perbahasan di Parlimen Australia pada 17 November 2009, Xenophon dipetik sebagai berkata “Islam is not a religious organization.

It is a criminal organization that hides behind it’s so called religious belief” (Islam bukan pertubuhan agama. Ia ada pertubuhan jenayah yang berselindung di sebalik apa yang dipanggil sebagai kepercayaan agama).

Justeru, sikap anti Islam sudah terkenal di pelusuk dunia dan peliknya orang ini jugalah yang dilantik Anwar Ibrahim untuk mengawasi perjalanan demonstrasi Bersih 3.0.

Penulis tidak pasti setakat mana Xenophon ini memantau situasi perhimpunan pada 28 April 2012 kerana Anwar sendiri pun kelihatan buat beberapa ketika, sebelum hilang entah kemana setelah memberikan arahan untuk para perusuh merempuh halangan polis.

Yang kononnya memantau apatah lagi....
 
 
 
Sama ada Xenophon benar-benar memantau keganasan oleh perusuh Bersih 3.0 pada hari tersebut bukanlah persoalannya, sekurang-kurangnya bab yang terpenting. Persoalannya utamanya ialah, kenapa Anwar seringkali dilihat bersekongkol dengan puak-puak yang diketahui anti Islam?

Sebelum ini pun Anwar seringkali dikaitkan individu yang diketahui memusuhi Islam antaranya arkitek peperangan palsu Amerika di Iraq, Paul Wolfowitz.

Tidak adakah di kalangan lebai-lebai PAS yang mahu bertanyakan soalan tersebut?

Buat pengetahuan semua, ini bukan kali pertama Xenophon bersusah payah datang ke Malaysia membantu Anwar. Pada Januari 2011, ketika Anwar digantung dari parlimen Malaysia kerana gagal menunjukkan bukti APCO International adalah pertubuhan yahudi, Xenophon datang ke parlimen Malaysia memberikan sokongan moral kepada Anwar.

Sumbernya disini.

Dari pautan yang sama juga, jelas menunjukkan bahawa Xenophone bukan setakat anti Islam, dia juga adalah penyokong kuat perkahwinan sesama jenis di Australia!!

Anwar pula adalah seorang pemimpin yang diketahui mempunyai kegemaran kepada pintu belakang, melebihi pintu yang depan. Selain niat hatinya untuk menghapuskan undang-undang anti homoseksual di Malaysia jika berjaya menawan Putrajaya.

Adakah ini suatu kebetulan atau memang kerana kedua-duanya sama padan?

Semua inilah yang perlu diperhalusi dengan dekat oleh rakyat Malaysia yang begitu ghairah menyokong Anwar, antara lain kerana begitu pasti bahawa dia juga adalah seorang pemimpin Islam sejati.

Kita tidak boleh mengambil mudah perhubungan yang seumpama ini kerana jika salah langkah, Anwar boleh membawa negara ini ke jalan kehancuran.

Wednesday 4 April 2012

PAS : UNDI LEBIH PENTING DARIPADA SELESAIKAN ISU MURTAD !

Akibat sekian lama bersekongkol untuk menjayakan dasar liberal dan konon mahu menyamatarafkan semua warganegara setelah terikut gaya politik DAP, akhirnya PAS secara terbuka mengisytiharkan dasar perjuangannya kini tidak lagi mempedulikan masalah murtad yang melanda segelintir orang Islam.
Bagi PAS, isu rasuah dan masalah pengundi hantu yang seringkali menghantui minda PAS jauh lebih utama jika nak dibandingkan dengan isu murtad. Maklum sajalah semenjak bertuhankan slogan 'negara berkebajikan', hal ehwal akidah umat hanya layak dipandang sepi dan dikesampingkan apatah lagi sensitiviti pengundi DAP lebih penting untuk difikirkan.

Teringat kisah dulu-dulu saat PAS amat sensitif dan pantang dicuit dengan masalah segelintir orang Islam yang tergelintir akidah, lantang sungguh pembawaan PAS tika itu. Pagi dan petang, siang juga malam berduyun-duyun penyokong PAS memenuhi gerakan anti murtad demi kasih dan cintanya nasib saudara seagama.
Tapi itu kisah dulu, hanya layak dikenang dan tidak lagi berguna untuk diungkit sebagai memori sebuah perjuangan. Saat ini matlamat menuju Putrajaya seperti yang dimimpikan saban waktu itu teramat penting sekali jauh mengatasi kepentingan akidah umat.
Kata orang tua, lain hulu lain parangnya, lain dulu kenalah lain sekarang sikapnya supaya tidaklah dipandang serong oleh rakan sepakatan kiasu yang dah banyak menabur budi dan menjanjikan sokongan solid untuk Parti Islam Semalaysia.
Malang bagi sesiapa yang masih menyokong PAS saat ini kerana masih belum sedar tipudaya PAS yang selama ini hanya memperalatkan agama untuk kepentingan politik.